Pages

Wednesday, December 22, 2010

Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan
keluarga yang bukan Islam.


Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan
masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam
rumah.


Bila kaum Cina yang beragam Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara
penyembahan mereka di luar.


Anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya
kepada kita....


"Uncle sebelah buat apa tu Abah?"


Dan secara amnya, kita akan menjawab...


"dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia"


jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik....


Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita..


"tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"


tetapi apabila kita memberikan jawaban ...


"dia tengah sembah tuhan dia"


kita menggambarkan pada anak kitra bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH,
kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan,
India satu tuhan, Kristian satu tuhan...dan cara mereka menyembah tuhan
mereka lain dr kita.


Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan
ALLAH"


Jadi mana datangnya konsep atau pengertian " dia sedang sembah tuhan dia"


Sekiranya jawaban ini diteruskan.....maka anak kita akan terus keliru
dengan konsep dan prinsip syahadah kita " tiada tuhan yang disembah
melainkan ALLAH"


Jawaban yang sebenarnya, " anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan
tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH,
tapi cara dia menyembah tuhan itu salah"


Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang
salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan keliru kan mereka.


Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan".


Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan
yang baik datang dari ALLAH.


Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri dari kuliah maghrib,
sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawaban yang lebih
baik.....SILA KONGSI BERSAMA.

Monday, December 13, 2010

AZAB KUBUR!!!!!

7 jenis muka mayat di dlm kubur...

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara SYIRIK kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya TIDAK MELAKUKAN SOLAT LIMA WAKTU, TIDAK MENJAGA solat lima waktu. LALAI dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya DERHAKA kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka MAKAN HARTA YG HARAM. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka BERKELAHI, MENGATA orang dan MENGUMPAT orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan RIBA (RASUAH).

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya BERILMU dan BERAMAL SOLEH.

WALLAHUA'ALAM...

Thursday, December 9, 2010

WAJAH BERTUKAR MENJADI KELDAI

 Ayah Si Pemuda Menjadi Himar

Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi.
“Hai saudara,” tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. “Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja.”
 
Wajah mayat bertukar jadi himar

“Saya ada alasan tersendiri,” jawab pemuda itu. “Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana saya mahu memberitahu orang ramai tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?
“Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, “Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?”
“Maka saya menjawab, “Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?”
“Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama.
“Engkau siapa?” tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu.
“Saya yang terpilih (Muhammad).”
“Saya lantas memegang jarinya dan berkata, “Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh berlaku?”
 
Rahsia selawat 100 kali
 
“Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat.
“Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu.”

sumber: ustz azhar idrus

Monday, December 6, 2010

DI PADANG MAHSYAR.......

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: "Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu." Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: "Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!"

Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.


Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.

Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.

Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.

Kumpulan yang kelima berlari.

Kumpulan keenam berjalan.

Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.

Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: "Wahai Muhammad SAW!" Nabi Muhammad SAW berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka"! Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat.

Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera.

Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama. Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka.
Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: "Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku." Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: "Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia." Malaikat berkata kepada mereka: "Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka."

Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: "Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka." Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Kaki-kaki mereka akan tergantung di Siratalmustaqim....

Sunday, December 5, 2010

KOLEKSI CERITA KELAKAR

Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Badrul dalam exam.

Bapa: Apa bukti awak?

Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Badrul tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

A FRIEND WHO CARES

A Friend Who Cares

Let me be the rock to lean on
Hands to help you walk the path
Remove traces of confusion
You are in my heart.


When the morning sun rises,
I will be your humming bird
To eliminate your distress
You are in my mind.


Your sad eyes filled with tears
Let me wipe it with caring stares
And we'll look on the sunset together
You don't need to go farther.



When you feel everything is falling
let me raise you with my spirit
When pain resides in your heart
I will kiss it away with love.


When everyone is against you
I will stay and be your shield
Lift you up, be with you
I am your friend.


You are born in my heart
I will not disgrace your trust
Let me warm you with my love
Truly a friend, one who cares.

Thursday, December 2, 2010

DAHSYATNYA AZAB ALLAH S.W.T

berikut adalah kisah dr seorg hamba Allah mngenai azab neraka yg drasai oleh seorg wanita..... hayatilah cerita ini~~~~~~~


Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di universiti al-azhar, kaherah. kebetulan ketika itu saya balik ke mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. saya menetap di mekah mulai 1981 selepas menamatkan
pengajian di sekolah agama gunung semanggol, perak. Keluarga saya memang semuanya di mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, haji nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga. Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di lapangan terbang jeddah kami sambut dengan sebuah bas. semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di madinah.



Tiba di madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku. "badan dia panas dan menggigil. kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya. tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital madinah yang terletak tidak jauh dari situ. sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing- masing.



Sampai di hospital madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan. namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke hospital abdul aziz jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. jadual haji mesti diteruskan. kami bertolak pula ke mekah untuk mengerjakan ibadat haji. selesai haji, sekali lagi saya pergi ke jeddah. malangnya, bila sampai di hospital king abdul aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.



Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?



Saya bertanya kepada wanita tersebut, "kenapa kakak menangis? "mazlan ..kakak taubat dah lan. kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. kakak bertaubat, betul-betul taubat." "kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. katanya, "mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. tapi kakak silap. kakak ini cuma islam pada nama dan keturunan saja. ibadat satu apa pun kakak tak buat. kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. rumah kakak penuh dengan botol arak. suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.



"Habis yang kakak pergi haji ini?" "yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.", "jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi. dengan suara tersekat- sekat,wanita itu menceritakan, "mazlan...allah itu maha besar, maha agung, maha kaya. semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini. "betul ke kak?" tanya saya, terkejut. "betul mazlan.



Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. balasan azab lan, bukan balasan syurga. kakak rasa seperti diazab di neraka. "kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. sebagai balasan, rambut kakak di tarik dengan bara api. sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah. "bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. kakak menjerit, menangis kesakitan. kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "hari-hari kakak diseksa. bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan." sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak- esak. nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. begitu sekali balasan allah kepada umatnya yang ingkar.



"Mazlan...kakak ni nama saja islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita "habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. panasnya cuma allah saja yang tahu. api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. "selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. baunya cukup busuk.tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."



Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. terasa sungguh kebesaran Allah. "masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. tak berhenti-henti kakak memohon. kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan." 



Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha agung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. "ini bukan mimpi mazlan. kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. kakak bertaubat mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. kakak bertaubat... kakak taubat nasuha,"katanya sambil menangis-nangis. sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. bila saya membawanya ke mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. amal ibadahnya tak henti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas sembahyang subuh. "kakak... yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. lepas sembahyang isyak tu kakak baliklah, makan nasi, berehat..." tegur saya. "tak apalah mazlan. kakak ada bawa buah kurma. bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."



menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam masjidil haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. selain itu dia berdoa, mohon kepada allah supaya mengampunkan dosanya. saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya. "tak boleh mazlan. kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. mazlan tak rasa, mazlan tak tau. kalau mazlan dah merasai azab itu, mazlan juga akan jadi macam kakak. kakak betul- betul bertaubat."



Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "mazlan, kalau ada perempuan islam yang tak pakai tudung, mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. "semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakai ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa. "tapi mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. .. kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. kalau 10 orang tengok, macam mana? kalau 100 orang tengok? itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah... "kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. akak nak ajak suami pergi haji. seperti mana kakak, suami kakak tu islam pada nama saja. tapi itu semua kesilapan kakak. kakak sudah bawa dia masuk islam, tapi kakak tak bimbing dia. bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan islam." sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? tidak. saya percaya dia bercakap benar. jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh allah dan nabi dalam al-quran dan hadis. adakah ia bercanggah? benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. aku menyesal"... itu dah terlambat.



"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
WAKTU MUDA SEBELUM TUA,
WAKTU LAPANG SEBELUM SEMPIT~~~~~

SEKHUSYUK MANAKAH SOLAT KITA????

 Assalamualaikum... di sini saya ingin berkongsi dgn anda semua sebuah kisah mngenai  solat yg khusyuk... hayatilah~~~~~~


Cerita adalah mengenai bagaimana Khusuk Solat Kita ???
   Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat  warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir  kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih  ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.


   Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan  bertanya,"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya  tuan solat?".  Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya,  "Bagaimana  wudhuk zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu  membasuh semua anggota wudhuk dengan air.
          Sementara  wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan  tujuh
          perkara :-
          1.       Bertaubat
          2.       Menyesali dosa yang telah dilakukan
          3.       Tidak tergila-gilakan dunia
          4.       Tidak mencari/mengharap pujian orang  (riya')
          5.       Tinggalkan sifat berbangga
          6.       Tinggalkan sifat khianat dan menipu
          7.       Meninggalkan sifat dengki."
          
 Seterusnya Hatim berkata,  "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan  semua anggotaku dan menghadap  kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan  dan aku  rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku  seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim'  dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,  kemudian aku berniat dan  bertakbir  dengan baik."

 "Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya,kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam  dengan  ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."


  Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.
          >  -------------------------------------------------------------

          Sampai-sampaikan-lah email ini kepada sahabat2 kita.  Yang
          baik kita
          jadikan tauladan dan yang tidak baik kita jadikan sempadan.
          Sekian,Terima Kasih

Wednesday, December 1, 2010

KEPADA YG SEDANG & BELUM BERCINTA.......


KPD YG SEDANG & BELUM BERCINTA.......

Bagaimana menjadi pasangan yang lebih baik Bila anda pernah mengalami putusnya hubungan cinta, dan memikirkan serta menanyakan apa sebenarnya yang telah
terjadi , biasanya lebih mudah untuk mengenali kesalahan pasangan anda, tetapi akan lebih sulit untuk menentukan apakah anda sendiri yang berbuat salah atas
putusnya hubungan tersebut. Semua orang umumnya akan berbuat yang terbaik atas apa yang dilakukannya.
Menjadi pasangan yang baik juga merupakan suatu keharusan.


Dibawah ini terdapat beberapa tip untuk menjadi pasangan yang lebih baik....

1.. Beriman

Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta
antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2.. Jangan 'minder' dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah
positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar2 menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3.. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya
romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama
kali mereka menjalin hubungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut
adalah mutlak.

4.. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda

Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat
pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar
jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5.. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi. Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang
melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan.....??

6.. Jangan merendahkan pasangan anda. Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda
selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan
berharap dia akan berbuat benar?

7.. Jangan memberi janji yang anda tidak bisa penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada
masa yang akan datang?

8.. Usahakan untuk selalu berada disisinya Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup....Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka....

9.. Komunikasi Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda
baru menyedari bahawa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10.. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda. Cukup jelas...

11.. Hormati pasangan anda Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

12.. Jujurlah selalu Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak
pernah mengetahui kebohongan yang tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan
mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda.
Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...